Duckey jelaskan tentang isu “No ban” terhadap Blacklist International

Bren Esports memulakan perjalanan mereka di MPL PH musim kelapan dengan tidak begitu baik. Mereka gagal mara ke peringkat playoff untuk merampas gelaran juara dari pasukan lain.

Juara M2 ini menjadi bualan hangat selepas perlawanan mereka menentang Blacklist International sebelum ini. Dikatakan tidak menghormati lawan dan profesional oleh kerana mereka tidak melakukan sebarang ban ke atas pasukan lawan.

Jurulatih Duckey menjawab isu itu melalui sebuah video yang dimuat naik di Youtube Bren Esports,

Menurut beliau, “Ia adalah perlawanan yang tidak membosankan, jadi saya fikir keputusan itu bukanlah tidak menghormati pihak lawan” ujarnya.

“Selain itu, strategi no ban ini wujud di dalam permainan peranti mudah alih yang lain. Jadi ianya bukan satu kebetulan, pasukan saya sudah memberikan yang terbaik” tambah beliau.

Meskipun gagal untuk mewakili negara Filipina ke M3, Duckey sangat yakin dengan kualiti dan kemampuan pasukan Blacklist International untuk menjadi juara M3.

RELATED NEWS

+