Duta Onic Esports, Viorenita Sutanto atau hari ini berkongsi tentang pengalamannya menjadi bintang di TikTok.
“Jika anda baru berkecimpung, pastikan anda mengenali pengikut (audiens). Sebagai contoh, saya suka menari di TikTok.
“Ramai juga yang sukakan video sebegitu dan ada yang bertanya ID MLBB saya. Jadi dari situ saya cuba buat video lebih pelbagai terutamanya video main MLBB,” katanya.
@violetorca ⚠️ fake body ⚠️ goyang ulet bulu tipis2
Dia juga berkata TikTok mempunyai filter atau ciri baharu dan ia wajar dicuba untuk menaikkan pengikut.
“Ada akaun yang menggunakan ciri ini (filter) dan sebagainya dan ia membuatkan video mereka mudah FYP,” katanya.
Dalam konteks ini, FYP bermaksud pengguna akan melihat video anda dipaparkan di For You Page jadi ia lebih mudah ‘viral’.
Vior juga mengatakan dia menyertai komuniti MLBB dan sebagai duta ONIC kerana mengikut saranan rakannya.
“Pada mulanya, saya tak tahu komuniti MLBB sebesar ini. Banyak pasukan yang kompetitif.
“Tapi bila saya sertai, saya nampak sesuatu yang positif dan ONIC juga ada beberapa pencapaian dalam industri ini. Ia juga mendorong saya untuk lebih dikenali.
Vior juga tidak mengambil kisah akan komen berbaur negatif sebaliknya mengatakan wanita yang mahu menjejaki langkah sepertinya perlu berjaga-jaga bila berkata dan bersikap rendah diri kerana ia boleh memberikan kesan kepada organisasi dan penaja.