Dwayne “The Rock” Johnson akan membuat filem It Takes Two

Sonic sudah menjadi antara filem permainan video paling berjaya setakat ini dan Uncharted juga boleh dikatakan diterima baik oleh ramai pihak.

Kini giliran It Takes Two untuk bertukar menjadi filem.

Filem It Takes Two sebenarnya sudah diumumkan 31 Januari lepas dan kini produksi Seven Bucks milik Dwayne “The Rock” Johnson akan membuat filem ini untuk Amazon Prime.

It Takes Two adalah permainan video yang menceritakan satu pasangan yang tidak sengaja disumpah oleh anak mereka.

May dan Cody hampir bercerai namun sumpahan itu membuatkan mereka berdua kini dalam pengembaran penuh magis ke dalam dunia yang tidak pernah diketahui untuk kembali ke badan sebenar mereka.

Pat Casey dan Josh Miller yang menjadi penulis filem Sonic the Hedgehog juga akan menjadi penulis dan produser untuk filem It Takes Two.

Dj2 pula akan menjadi komposer musik untuk filem ini dan mereka sangat terkenal dengan musik untuk filem Sonic the Hedgehog dan siri anime Tomb Raider.

It Takes Two sudah terjual sebanyak 5 juta cetakan dan menjadi permainan video terbaik untuk pengeluar Hazelight.

Adakah Hollywood dapat mengekalkan kualiti seperti filem Sonic?

RELATED NEWS

+