Dying Light 2 Ditunda Ke Tahun 2020, Saksikan Protagonis Baru Parkour Ke Dunia Penuh Zombi

Semasa di persidangan Microsoft E3 2019, Techland menampilkan trailer terbaru Dying Light 2 yang menonjolkan serba sedikit tentang jalan cerita dan gameplay parkour menjadi sinonim dengan siri game zombi open-world ini.

Dalam Dying Light 2, korang akan bermain sebagai protagonis baru, Aiden Caldwell (bukan Kyle Crane) iaitu seorang yang mempunyai kebolehan parkour dan aksi pertempuran kejam melangsungkan hidup di The City.

Trailer ini memperincikan persekitaran kehidupan komuniti di dunia pasca apokalips dan mendedahkan motif baru perjalanan Dying Light 2.

Sebelum ini, Dying Light 2 telah diumumkan pada E3 2018 dan akan dilancarkan pada tahun ini. Sayangnya, game ini ditunda kepada tahun 2020 tanpa tarikh rasmi sebenar. Korang boleh saksikan video gameplay Dying Light 2 di sini.

Dying Light 2 bakal dilancarkan pada tahun hadapan di PC, PS4 dan Xbox One.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+