memakan masa lebih kurang 500 jam untuk ditamatkan."> memakan masa lebih kurang 500 jam untuk ditamatkan." /> memakan masa lebih kurang 500 jam untuk ditamatkan." />

Dying Light 2 sebenarnya tidak memakan lebih 100 jam untuk ditamatkan, menurut pembangun

Baru-baru ini, pembangun Dying Light 2 Stay Human menghantar sebuah kicauan di Twitter yang mendedahkan bahawa permainan zombi dunia terbuka ini akan memakan masa lebih kurang 500 jam untuk ditamatkan.

Pemain dan peminat siri ini mempunyai reaksi yang bercampur-campur. Susulan itu, Techland, pembangun permainan, menerangkan bahawa ia memerlukan 500 jam untuk melengkapkan permainan sepenuhnya.

Kini, Techland mendedahkan waktu diperlukan untuk menamatkan permainan.

Menurut kicauan di Twitter, Dying Light 2 Stay Human hanya memerlukan lebih kurang 20 jam menamatkan jalan ceritanya.

Penerangan ini bukan akibat mereka tidak dapat memenuhi janji tetapi akibat reaksi kepada aduan peminat bahawa permainan itu terlalu lama dan mungkin penuh dengan misi yang remeh.

Idea tentang mana-mana permainan yang terlalu lama adalah sebuah masalah yang sah tetapi walaupun sebelum ini ia dilihat sebagai satu perkara yang sangat baik, ramai peminat menyuarakan kebimbangan bahawa permainan itu mesti meleret panjang seperti Assassin’s Creed dan Red Dead Redemption.

Namun, macam mana pun, permainan yang berkualiti akan masih menyoronokkan tidak mengira panjang atau pendek tempoh permainannya.

Sumber rujukan: Twitter

RELATED NEWS

+