Dying Light 2 Stay Human menawarkan 500 jam permainan, pengguna Twitter respon dengan sinis

Permainan dunia terbuka seperti GTAV atau Assassin’s Creed semestinya memerlukan puluhan jam untuk menamatkan permainan itu. Ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana permainan dunia terbuka ini menawarkan pemain pelbagai aktiviti serta bahan untuk ditemui dalam alam permainan.

Namun, permainan dunia terbuka bertemakan zombi dan parkour, Dying Light 2 Stay Human, dilaporkan akan memerlukan 500 jam untuk menamatkan permainan.

Menurut kicauan oleh pembangun permainan di Twitter, permainan ini akan memakan masa selama 500 jam ditamatkan dan mereka juga membandingkan perjalanan dari Warsaw ke Madrid yang memakan masa 534 jam jika berjalan kaki.

Respons dari perminat agak berbeza-beza, tetapi kebanyakkannya pasti berbunyi sinis. Peminat tegar permainan ini menghantar maklum balas dengan beratus-ratus hingga beribu-ribu jam yang mereka habiskan di dalamnya. Bagi yang terkejut dengan pengumuman itu, mereka memberi respons sinis sahaja.

Memandangkan ramai peminat tidak berpuas hati, akaun Twitter itu menerangkan keadaan dengan kicauan susulan agar dapat meredakan situasi.

Secara asasnya, permainan in boleh ditamatkan dalam 70-80 jam, tetapi jika pemain ingin meneroka setiap penjuru peta serta mengumpul segala yang ditawarkan oleh permainan ini, ia pastinya akan memakan 500 jam

Sumber rujukan: Twitter

RELATED NEWS

+