game ‘terlalu ganas’."> game ‘terlalu ganas’." /> game ‘terlalu ganas’." />

E-Sukan Akan Membuka Tirai Olimpik Tokyo 2020

Meskipun Sukan Olimpik fokus kepada sukan fizikal, cubaan untuk memasukkan permainan video dalam acara berprestij sudah lama dibincangkan sekian lama tetapi masih lagi tidak dibenarkan oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) dek kerana menunjukkan game ‘terlalu ganas’.

Ini bukan bermakna titik noktah untuk menyertakan pertandingan permainan video secara kompetitif atau e-sukan ke acara sukan antarabangsa. 

The Esports Observer melaporkan Intel memeterai kerjasama dengan IOC untuk mengadakan kejohanan e-sukan, Intel World Open bagi menghangatkan pembukaan Olimpik Tokyo 2020.

Intel World Open akan menampilkan pertandingan Street Fighter V dan Rocket League dengan kerjasama Capcom dan juga Psyonix/Epic Games. Intel dan IOC menawarkan hadiah wang terkumpul sebanyak RM2,086,500 (USD$500,000) iaitu pemenang untuk setiap kategori pertandingan ini bakal menerima hadiah wang sebanyak RM1,043,250 (USD$250,000).

Penyertaan kejohanan Intel World Open akan dibuka secara online untuk semua pemain mengikut negara-negara yang mengambil bahagian. Pasukan yang layak dalam pusingan kelayakan online akan mara ke Katowice, Poland bagi melayakkan diri ke pusingan akhir yang bertempat di Tokyo.

Street Fighter V dan Rocket League

Ini bukan pertama kali IOC dan Intel bekerjasama dalam mengadakan acara e-sukan. Mereka pernah mengadakan sebuah kejohanan Intel Extreme Masters (IEM) Pyeongchang di Korea Selatan sempena acara Sukan Olimpik Musim Sejuk Korea Selatan 2018. Pertandingan IEM khusus kepada permainan real-time strategy (RTS) popular di Korea Selatan iaitu StarCraft II dan hanya disiarkan melalui strim.

Kali ini, Intel World Open dibuka untuk orang awam untuk hadir bagi pusingan terakhir yang akan diadakan di Zepp DiverCity, Tokyo pada 22 sehingga 24 Julai 2020.

Bagi mereka yang padu dalam Street Fighter V dan Rocket League, korang boleh mula berlatih kerana pusingan kelayakan akan dibuka pada awal 2020. 

Adakah korang rasa e-sukan akan tergolong sebagai acara sukan berpingat dalam Olimpik seperti yang telah ditonjolkan oleh Sukan Asia 2019? Kongsikan pendapat korang bersama kami.

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di FacebookTwitter dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+