EA Pecat 350 Kakitangan

EA, apa dah jadi?

Baru-baru ini, Electronic Arts mengumumkan pemecatan 350 kakitangan dari unit berbeza termasuk pemasaran dan penerbitan. Dikatakan bahawa pemberhentian kakitangan ini adalah untuk “merangka kembali struktur organisasi selain memberikan komitmen berterusan dan menepati kehendak pemain,”. 

Ini adalah kenyataan rasmi dari CEO EA, Andrew Wilson:

“Hari ini kami mengambil langkah penting sebagai sebuah syarikat untuk berdepan cabaran dan bersedia dengan peluang mendatang. Kami juga mengubah struktur dalam bahagian pemasaran dan penerbitan, unit operasi dan juga mengurangkan urusan di Jepun dan Rusia kerana kami punya cara berlainan untuk memenuhi kehendak pemain dalam pasaran sana.

“Ini adalah hari yang sukar. Perubahan ini akan memberi kesan kepada 350 jawatan dalam syarikat seramai 9,000 kakitangan. Ia adalah keputusan penting namun sukar dibuat dan kami ambil serius akan hal ini. Kami menghargai setiap usaha dan penat lelah semua orang,”

EA juga mengatakan akan membantu bekas kakitangan ini mencari peluang lain di luar sana. Masih tidak pasti apa punca sebenar pemecatan ini namun yang pasti, ia adalah untuk kebaikan bersama.

Permainan video terbaru daripada EA ialah Apex Legends dan Anthem.

Sumber: Comicbook

RELATED NEWS

+