EA Play 2019 Akan Memaparkan Lebih Banyak Game, Tiada Sidang Rasmi EA Di E3 2019

EA akan kembali ke E3 2019 buat kali keempat dan EA Play 2019 mempamerkan lebih banyak game tanpa sidang media oleh pegawai-pegawai eksekutif syarikat.

Electronic Arts mengumumkan tarikh untuk EA Play 2019 dan juga aktiviti bakal disediakan bagi pemain serta penonton. Edisi EA Play kali ini tiada persidangan rasmi dan sebaliknya, memfokuskan kepada game dan komuniti.

Ia digantikan dengan beberapa siaran langsung yang akan diadakan selama 2 hari pertama. EA Play 2019 akan menunjukkan koleksi pengumuman game daripada EA dan percuma untuk semua pengunjung E3 2019.

Pada hujung minggu, EA mengadakan pesta EA Play di mana peminat boleh berkunjung ke Hollywood Palladium, Amerika Syarikat untuk menikmati game ciptaan EA. Peminat di seluruh dunia boleh melayari EA.com untuk segalanya kandungan EA Play seperti melihat streamer kegemaran korang menunjukkan gameplay eksklusif, temuramah pembangun dan berita tergempar.

Dari kiri: Anthem, Star Wars Jedi: Fallen Order dan Battlefield 5 antara game diumumkan pada tahun lepas

Pada EA Play tahun lepas, sidang media fokus kepada Anthem, Battlefield 5 dan… game mobile, Command & Conquer: Rivals serta pengumuman game Star Wars baru, Star Wars: Jedi Fallen Order dibangunkan oleh pembangun Apex Legends, Respawn Entertainment.

EA Play 2019 akan bermula pada hari Jumaat (7 Jun 2019) dan pesta EA Play berlanjutan dari 8 Jun sehingga 9 Jun 2019.

Sumber gambar utama: Pushsquare

 

RELATED NEWS

+