EA Sports UFC 4 akan tiba di PS4 dan Xbox One pada 14 Ogos

Electronic Arts (EA) telah mengumumkan EA Sports UFC 4 dan ia akan dilancarkan di PlayStation 4 (PS4) dan Xbox One pada 14 Ogos tahun ini. Versi PC, PlayStation 5 (PS5), dan Xbox Series X belum diumumkan.

Dua atlit yang menjadi penghias bekas cakera EA Sports UFC 4 adalah Juara Middleweight UFC Israel Adesanya dan pemegang rekod knockout terpantas (5 saat) dalam sejarah UFC Jorge Masvidal.

Jika anda pra-tempah judul ini, anda akan menerima dua petinju terkenal iaitu Tyson Fury dan Anthony Joshua. Anda boleh pra-tempah EA Sports UFC 4 melalui laman web rasminya di sini.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+