Eavy tinggalkan Suhaz Esports

Pemain Mobile Legends Suhaz Esports, Danial Arif Mohd Judin atau Eavy kini sah meninggalkan pasukan itu selepas dua musim menyertai Liga Profesional Mobile Legends (MPL) MY.

Pengumuman itu dibuat dalam satu hantaran ringkas di Instagram @suhaz.esports dengan mengucapkan terima kasih atas jasanya bermain untuk pasukan itu selama ini.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Suhaz Esports (@suhaz.esports)

Eavy sudah lama bersama skuad itu sejak ia dikenali sebagai Ezzy Esports. 

Malah, pembabitan Eavy bersama pasukan itu pada MPL MY musim ketujuh menunjukkan kehebatan skuad itu sebagai pendatang baru yang konsisten di musim liga. 

Kini Suhaz Esports dianggotai oleh:

  • Muhammad Redzuwan Rosli (Hyhy)
  • Hadiazwan Bin Rosli (Box)
  • Muhamad Fadhil Bin Hishamuddin (Padel)
  • Muhammad Hazim Bin Zulkifli (D.Ace)
  • Muhammad Azri Bin Jamaludin (AJ)
  • Muhamad Raziq Muhamad Bukhari (Mali)

RELATED NEWS

+