Echo PH mengumumkan barisan pemain baru mereka termasuk Karltzy

Pasukan Echo adalah salah satu pasukan yang cukup terkenal di negara Filipina. Mereka mengumpulkan ramai pemain yang hebat dari negara itu.

Pasukan MPL itu gagal meneruskan perjuangan mereka di peringkat playoff MPL PH musim kelapan oleh kerana tewas di tangan pasukan Omega Esports.

Selepas musim kelapan tamat, organisasi e-sukan itu melepaskan beberapa pemain mereka iaitu Jaymeister, Invoker, Flysolo dan juga Aspect. 

Jurulatih mereka iaitu Dale juga mengambil keputusan untuk keluar dari pasukan itu untuk mencari peluang baru.

Namun begitu, Karltzy yang bermain sebagai jungler Bren Esports sebelum ini kini hadir untuk membantu pasukan itu menawan piala MPL PH musim kesembilan.

Karltzy adalah seorang pemain yang memiliki kemahiran mekanikal yang tinggi. Aksinya bermain Lancelot di Kejohanan Dunia M2 itu mengejutkan ramai penonton Kejohanan itu di serata dunia.

Beliau mengambil keputusan untuk keluar dari Bren Esports bagi mendapatkan peluang serta pengalaman baru di pasukan lain.

Pasukan Echo akan dianggotai oleh:

– KarlTzy
– Killuash
– Yawi
– 3MarTzy
– Rafflesia
– Bennyqt
– KurTzy
– Rk3
– Hadess
– Aaronqt

Mampukah pasukan yang penuh dengan bintang ini memberikan saingan hebat di dalam MPL PH musim kesembilan? Kita bakal saksikan.

RELATED NEWS

+