Edisi Collector’s Edition Fallout 76 Dikecam Peminat Yang Tertipu Dengan Kualiti Beg

Fallout 76 nampaknya tak terlepas dari drama, kali ini lebih teruk!

Seperti yang dijanjikan Bethesda, edisi Power Armor berharga USD 200 (kira-kira RM837) akan mempunyai pelbagai barang termasuklah bag canvas tapi ia hanya indah khabar dari rupa saja.

Gambar di atas menunjukkan beg canvas dengan stail military seperti dijanjikan (dan ia masih diiklankan sebegitu di Amazon) dan ini adalah apa yang peminat dapat:

Alamak. Lain kualitinya!

Sebenarnya, isu penghasilan barang untuk collector’s edition ada cacat celanya, nampak macam too good to be true.

Tapi kali ini, kita boleh kenalpasti sebab-sebab jadi macamni. Pertamanya, mungkin kerana permainan ini tak disukai ramai peminat.

Kedua, Bethesda menukar bag tapi tak berkata apa-apa, tak memberi pampasan dan pemain marah sebab tak dapat seperti apa yang diiklankan dan dibayar.

Lebih mengecewakan, Bethesda seolah ‘menganjing’ dengan menulis emel balas “kami harap ini tak menghalang anda menikmati collector’s editions terbaik daripada kami,”

Tapi mereka juga berkata kerana ketiadaan bahan, terpaksa menukarkan bahan kanvas kepada nilon.

Bethesda cepat bertindak dengan memberi kompaun berbentuk 500 atoms (matawang digunakan dalam permainan).

Sumber: Kotaku

RELATED NEWS

+