EGS Holiday Sale: Night in the Woods permainan percuma hari ini

Epic Games Store menawarkan satu permainan percuma pada setiap hari bermula dari 17 Disember hingga 31 Disember tahun ini. Permainan percuma yang ditawarkan pada hari ini ialah Night in the Woods.

Para pemain PC yang menggunakan platform Epic Games Store boleh menebus permainan ini sekarang dan tawaran ini akan berakhir pada waktu 12AM malam ini.

Night in the Woods merupakan permainan pengembaraan yang memberi fokus terhadap penceritaan.

Anda bermain sebagai Mae, seorang pelajar universiti yang telah menghentikan pelajarannya. Dia kembali ke kampung halamannya dan mendapati banyak perkara telah berubah.

Dapatkan aplikasi Epic Games Store dan daftar akaun Epic Games secara percuma di sini.

RELATED NEWS

+