EGS Holiday Sale: Solitairica permainan percuma hari ini

Epic Games Store menawarkan satu permainan percuma pada setiap hari bermula dari 17 Disember hingga 31 Disember tahun ini. Permainan percuma yang ditawarkan pada hari ini ialah Solitairica.

Para pemain PC yang menggunakan platform Epic Games Store boleh menebus permainan ini sekarang dan tawaran ini akan berakhir pada waktu 12 tengah malam ini.

Solitairica menggabungkan permainan kad Solitaire dengan elemen role-playing game (RPG) dan juga kemajuan roguelike. Ia merupakan permainan kad di mana anda perlu membina deck yang kuat untuk menewaskan pelbagai jenis musuh.

Dapatkan aplikasi Epic Games Store dan daftar akaun Epic Games secara percuma di sini.

RELATED NEWS

+