EGS Holiday Sale: Stranded Deep permainan percuma hari ini

Epic Games Store menawarkan satu permainan percuma pada setiap hari bermula dari 17 Disember hingga 31 Disember tahun ini. Permainan percuma yang ditawarkan pada hari ini ialah Stranded Deep.

Para pemain PC yang menggunakan platform Epic Games Store boleh menebus permainan ini sekarang dan tawaran ini akan berakhir pada waktu 12 tengah malam ini.

Stranded Deep adalah permainan ikhtiar hidup di mana pemain terkandas di Lautan Pasifik. Anda perlu mendapatkan bahan-bahan dari kawasan sekeliling anda untuk meneruskan kehidupan dan menyelamatkan diri.

Permainan ini mempunyai premis yang agak sama dengan The Forest tetapi ia mempunyai satu kelemahan. Stranded Deep tidak mempunyai mod permainan multi-pemain dalam talian.

Walaubagaimanapun, anda tetap boleh main mod multi-pemain setempat dengan menyambung sebuah alat kawalan seperti DualShock 4 atau alat kawalan Xbox untuk pemain kedua.

Dapatkan aplikasi Epic Games Store dan daftar akaun Epic Games secara percuma di sini.

RELATED NEWS

+