EGS Holiday Sale: Torchlight 2 permainan percuma hari ini

Epic Games Store menawarkan satu permainan percuma pada setiap hari bermula dari 17 Disember hingga 31 Disember tahun ini. Permainan percuma yang ditawarkan pada hari ini ialah Torchlight 2.

Para pemain PC yang menggunakan platform Epic Games Store boleh menebus permainan ini sekarang dan tawaran ini akan berakhir pada waktu 12 tengah malam ini.

Torchlight 2 merupakan sebuah permainan role-playing game (RPG) aksi yang mempunyai beberapa persamaan dengan permainan siri Diablo. Ia juga mempunyai mod permainan multi-pemain setempat dan dalam talian.

Dapatkan aplikasi Epic Games Store dan daftar akaun Epic Games secara percuma di sini.

RELATED NEWS

+