Ejen Ali Agents’ Arena – permainan video MOBA Ejen Ali

Ejen Ali Agent’s Arena adalah permainan MOBA Malaysia pertama di peranti pintar, iOS dan Android.

Permainan ini dibangunkan oleh Media Prima Digital dan Common Extract.

Agents’ Arena menampilkan tiga lawan tiga lain dari MOBA lain yang memberi fokus kepada lima lawan lima.

Setiap pasukan akan mempunyai tiga ejen dan akan bertarung di dalam gelanggang besar yang mempunyai tiga zon.

Ejen Ali: Agents' Arena V0.1.6 – Download for Android and PC | PC Forecaster

Pemain perlu menguasai zon-zon tersebut untuk menaikkan meter ke 100% bagi memenangi perlawanan.

Setakat ini Agents’ Arena hanya mempunyai enam karakter yang boleh dimainkan iaitu Ejen Ali, Alicia, Mika, Roza, Rudy dan Khai

Ejen Ali Agents' Arena Teaser Trailer ᴴᴰ - YouTube

Setiap ejen mempunyai kelebihan dan keupayaan masing. Sebagai contoh Alicia sebagai carry, Mika sebagai tanker dan Khai untuk support jarak jauh.

Permainan Agent’s Arena penuh ciri lain juga seperti penambahan stat. Sebagai contoh, anda boleh menambahkan daya serangan atau pengecasan energy dengan menaik taraf stat ini. Ia membolehkan ejen anda menjadi bertambah kuat.

Dengan fungsi ini, mungkin e-sukan untuk Ejen Ali Agents’ Arena akan diadakan nanti.

Ketika berlawan permainan ini tidak berasa perlahan dan beberapa serangan dari Ejen yang dipilih adalah sangat memuaskan terutamanya apabila anda berjaya mencuri balik zon dari pihak lawan.

Masih banyak lagi beberapa kemas kini yang perlu dibuat tetapi Agent’s Arena.

Tetapi impak MOBA Agent’s Arena setakat ini sangat menyeronokkan untuk dimainkan dan begitu kompetitif.

Anda boleh memuat turun Ejen Ali Agent’s Arena di Google Play untuk Android dan Appstore untuk iOS.

RELATED NEWS

+