Ejen Ali mohon peminat jangan buat karya berbaur lucah

Pelbagai jenis peminat yang akan wujud tidak kira francais apa pun.

Sudah pasti banyak francais tidak lari dari beberapa peminat yang kadang kala melebihi had apabila membuat karya fiksyen, teori dan spekulasi yang sangat tidak sesuai atau eksplisit.

Perkara yang sama juga berlaku sebelum ini dengan salah satu karakter dari francais Upin-Ipin hasil ciptaan Les’ Copaque.

Ejen Ali siri animasi Malaysia dari WAU Animation juga tidak terlepas dari masalah ini. Satu pengumuman baru sudah dibuat di laman Twitter @ejen_ali mengenainya.

Di dalam kenyataan itu, terdapat beberapa karya seni Ejen Ali yang sangat eksplisit dan tidak sesuai malah dikira melanggar etika.

“Kami menerima semua jenis karya seni, cerita fiksyen, teori dan spekulasi mengenai Ejen Ali.

“Bagaimanapun, kami memohon semua peminat Ejen Ali untuk menghormati semua karakter dan membuat karya yang lebih sesuai dan memberi inspirasi kepada semua pihak,” tambah Ejen Ali lagi.

Ejen Ali banyak memberi fokus kepada karakter ejen kanak-kanak, jadi karya seni seperti ini nyata tidak sesuai dan lebih memudaratkan ramai pihak.

Oleh itu, kita sebagai peminat apa-apa jenis francais pun haruslah menjaga dan mencipta ruang yang selamat untuk semua orang terutamanya sebagai peminat Ejen Ali dalam kes ini.

Ejen Ali baru-baru ini sudah menjayakan satu pertandingan e-sukan terbaru permainan video Ejen Ali Agents’ Arena yang banyak mendapat sambutan dari ramai pihak.

RELATED NEWS

+