Ejen Ali The Movie dan Alif & Sofia rangkul dua kemenangan di Asian Academy Creative Awards 2020

Filem Ejen Ali The Movie dan Alif & Sofia berjaya merangkul dua kemenangan di Asian Academy Creative Awards 2020 apabila diumumkan sebagai pemenang (wakil Malaysia) menerusi laman Facebook rasmi Asian Academy Awards (AAA).

Bagi filem box office dan animasi nombor satu Malaysia yang berjaya raih kutipan melebihi RM30 juta, Ejen Ali The Movie, hasil usahasama Primeworks Studios dan WAU Animation ini berjaya raih kemenangan dalam kategori Arahan Terbaik (Fiksyen) untuk Usamah Zaid Yasin sebagai pengarah.

Ini tahun kedua Ejen Ali di AAA Awards, selepas kemenangan siri TV pada 2018 bagi kategori Program Animasi 3D Terbaik.

Bagi Alif & Sofia pula mengungguli kategori Program Prasekolah Terbaik. Siri animasi 3D ini diterbitkan untuk platform Youtube hasil kerjasama Primeworks Studios dan Blindspot Studios. Ia mengisahkan pengembaraan dua adik beradik yang aktif.

Terdapat elemen seperti penceritaan, Muzik, lagu, tarian dan permainan imaginatif yang diilhamkan dari pembelajaran kehidupan Islam.

 

Ini adalah pencapaian yang luar biasa bagi kami, ditambah lagi dengan peluang mewakili Malaysia untuk bersaing di  Asian Academy Creative Awards dan disenaraikan diantara kandungan terbaik dari seluruh Asia adalah satu pencapaian tinggi bagi kami di dalam tahun yang mencabar ini lebih-lebih lagi dengan apa yang yang berlaku sekarang ini akibat dari wabak COVID-19, ianya sangat terkesan kepada industri media. 

“Saya ingin mengucapkan tahniah kepada rakan kerjasama kami WAU Animation dan Blindspot Studios atas kecemerlangan mereka mencipta dan menerbitkan kandungan  animasi berstandard tinggi yang dapat membawa nama Malaysia ke persada antarabangsa. 

“Tidak lupa juga ucapan terima kasih kami kepada Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) yang turut berganding bahu menyokong perjuangan penerbit animasi tempatan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios, Datuk Ahmad Izham Omar.

Asian Academy Creative Awards (AAA) adalah anugerah tahunan berprestij yang meraikan karya-karya dari Australia & New Zealand, Kemboja, China, Hong Kong SAR, India, Indonesia, Jepun, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Korea Selatan, Taiwan, Thailand dan Vietnam.

Anugerah ini adalah untuk meraikan usaha industri kreatif dalam penerbitan kandungan dan produksi.   

Acara kemuncak AAA 2020 dijadualkan berlangsung pada 3 dan 4 Disember 2020. 

Untuk maklumat lanjut mengenai upacara anugerah, sila layari laman web ini.

RELATED NEWS

+