Ejen Ali The Movie: Trailer Acah Baru Tunjuk Ali Memberontak Keluar Dari M.A.T.A

Suatu perubahan besar bakal berlaku dalam Ejen Ali The Movie.

Hari ini, WAU Animation dan Primeworks Studios dengan kerjasama MDEC menampilkan trailer acah kedua Ejen Ali The Movie: Misi Neo penuh aksi ini menunjukkan Ali memberontak sehingga keluar daripada persatuan perisikan, M.A.T.A. Saksikan di bawah:

Dalam trailer di atas, Ali bertukar menjadi muram berbeza dengan keperibadian ceria dan bersungguh-sungguh apabila semua ejen yang direkrut telah memakai I.R.I.S iaitu sebuah gajet kacamata pintar yang dicipta oleh ayahnya. Sebelum ini, kacamata itu hanya digunakan oleh Ali sahaja.

Timbul rasa diketepikan, Ali merasakan dia tidak penting kepada persatuan ini dan memberontak keluar daripada M.A.T.A. Kini, Ali bertukar solo dan menyelamatkan Cyberaya dengan cara tersendiri tanpa bimbingan M.A.T.A. 

Terdapat juga lagu baru bermain di latar belakang trailer ini yang dinyanyikan oleh Altimet. Penyanyi rap ini tidak memberitahu judul lagu rasmi untuk Ejen Ali tetapi dia berkata dia bakal buat penampilan khas dalam filem animasi tempatan ini melalui pos Instagram.

Setakat ini, runut bunyi rasmi Ejen Ali The Movie menampilkan lagu berjudul Bukalah Matamu didendangkan oleh Aisyah Aziz dan Bunga iaitu lagu yang bermain di latar belakang trailer acah pertama.

Sementara menunggu filem Ejen Ali keluar di layar perak, tonton kedua-dua musim siri animasi TV tempatan di YouTube. Korang boleh juga menikmati dua game mobile, Ejen Ali: MATA Training Academy dan Ejen Ali: Emergency dikeluarkan di Android dan iOS.

Ejen Ali The Movie: Misi Neo bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 28 November 2019.

Mampukah Ali mampu membawa diri? Dan di manakah Comot? Kongsikan pendapat korang bersama kami di FacebookTwitter dan Instagram serta saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+