Bloomberg."> Bloomberg." /> Bloomberg." />

Eksekutif yang menyelia Overwatch 2 meninggalkan Blizzard

Penerbit Eksekutif Overwatch, Chacko Sonny, akan meninggalkan Blizzard Entertainment pada hari Jumaat, menurut jurucakap Activision yang bercakap dengan Bloomberg.

Jurucakap Blizzard mengesahkan kepada Bloomberg bahawa Chacko, yang menyelia keseluruhan francais dan pengembangan Overwatch untuk sekuel itu, akan meninggalkan syarikat itu.

“[Blizzard] adalah sebuah anugerah bagi saya dan salah satu pengalaman terbaik dalam kerjaya saya,’ kata Sonny melalui e-mel kepada kakitangan, menurut Bloomberg.

Blizzard juga mengatakan bahawa Overwatch 2 sudah hampir ke penghujung proses pembangunan sewaktu Sonny meletak jawatan. Kemas kini mengenai Overwatch 2 akan diberikan pada akhir bulan ini, dan garis masa mungkin telah berubah memandangkan Overwatch 2 dilaporkan masih memerlukan bertahun-tahun sebelum dapat dilancarkan.

Activision Blizzard kini menghadapi tuntutan mahkamah dari California atas kes gangguan seksual dan diskriminasi. Baru-baru ini juga diketahui bahawa Securities and Exchange Commission (SEC) sedang menyiasat kes itu di Activision dan Equal Employment Opportunity Commission (EEO) telah menyiasat Activision sejak Mei 2020.

Walaupun pemergian Sonny tidak berkaitan dengan siasatan itu, ini bukanlah keberangkatan pengurusan atasan pertama di Activision. Presiden Blizzard J. Allen Brack, ketua pegawai undang-undang Blizzard Claire Hart, dan Activision CPO Claudine Naughton semuanya keluar atau merancang untuk keluar dari syarikat tersebut dalam beberapa bulan setelah tuntutan itu.

Pengarah Overwatch 2 Jeff Kaplan juga meninggalkan syarikat itu, tetapi pada April 2021 sebelum tuntutan mahkamah California dikeluarkan pada bulan Julai.

Artikel ini diterjemah daripada IGN SEA. Artikel asal boleh dibaca di SINI.

RELATED NEWS

+