Elden Ring menjadi permainan paling diinginkan di Steam

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Permainan RPG, Elden Ring, adalah permainan Steam yang paling diingini di Steam pada masa ini.

Ia hasil gabungan idea From Sofware dan pencipta Game of Thrones George R.R. Martin yang menyumbang kepada pembinaan penceritaan dunia berjaya mengatasi permainan zombi dunia terbuka, Dying Light 2 Stay Human, awal minggu ini untuk mendapatkan tempat teratas sebagai permainan yang paling diingini di Steam.

Menurut carta SteamDB, Dying Light 2 menduduki tempat teratas carta Steam yang paling diminati sepanjang tahun 2021, dan menurunkan  Cyperpunk 2077 daripada tempat pertama senarai itu pada penghujung tahun 2020. Ia menandakan kali pertama Elden Ring mengungguli senarai itu.

Permainan lain yang menduduki kedudukan sepuluh teratas tahun ini adalah Party Animals, God of War, Hollow Knight: Silksong, The Day Before, Vampire: The Masquerade – Bloodlines 2, Stalker 2: Heart of Chernobyl, Starfield, dan Frostpunk 2.

Permainan Soulsbourne dunia terbuka ini akan dilancarkan di konsol PlayStation 4, Xbox Series X and Series S, PlayStation 5, Xbox One, dan PC pada 25 Februari.

Sumber rujukan: Dotesports

RELATED NEWS

+