Elizabeth Tan dah jadi Twitch Streamer sekarang

Tidak menjadi sesuatu yang pelik apabila mendengar golongan wanita bermain permainan video secara profesional mahupun sebagai hobi. Streaming juga telah menjadi antara hobi yang makin ramai orang sertai untuk lebih bersosial sekarang.

Bagi artis popular tanah air, Elizabeth Tan yang pada awalnya memulakan streaming di Facebook Gaming tetapi kini bertukar kepada Twitch. Twitch yang lebih global dan besar mungkin menjadi salah satu sasaran Elizabeth Tan atau dipanggil Lizzy untuk menjadi lebih besar sebagai seorang streamer dwibahasa. Bahasa Inggeris mungkin lebih selesa untuk Lizzy. Lizzy ada juga menggunakan Bahasa Melayu semasa streaming di Twitch baru-baru ini.

Rata-rata artis di Malaysia yang kini mempunyai hobi bermain permainan video dan juga memulakan karier sebagai seorang streamer.

Setakat ini Lizzy banyak bermain Grand Theft Auto V, Valheim dan juga Genshin Impact. Tetapi Lizzy juga ada memberitahu bahawa beliau juga akan bermain Sea of Thieves pada masa akan datang.

Buat masa ini, masih belum ada jadual penstriman tetap yang diberi oleh Elizabeth Tan untuk channel Twitch-nya. Jangan lupa saksikan Elizabeth Tan di Twitch nanti! 

RELATED NEWS

+