Emblem dan spell ini paling sesuai dengan Claude

Memilih Emblem dan Spell yang betul untuk setiap hero adalah salah satu elemen yang paling penting untuk meningkatkan kapasiti hero yang digunakan.

Ada di antara pemain yang tidak pasti tentang emblem dan spell yang sesuai untuk digunakan. Marksman seperti Claude sangat bergantung kepada emblem dan spell yang sesuai untuk menjadikan hero ini boleh sustain di dalam lane ketika minit awal permainan.

Oleh itu, emblem yang paling sesuai digunakan oleh Claude adalah support emblem. Claude sangat memerlukan daya pemulihan mana di peringkat awal permainan untuk kekal lebih lama di dalam pertarungan.

Maka, penggunaan support emblem dengan meletakkan point ke dalam Agility dan juga Regeneration sangat membantu Claude mendapatkan penambahan pergerakan serta regeneration mana dan juga nyawa.

Pastikan anda memilih talent Avarice untuk penambahan gold yang membantu anda mendapatkan barang core Claude seperti Demon Hunter Sword dan juga Malefic Roar di minit pertengahan permainan.

Selesai sahaja memilih emblem, anda boleh memilih spell sprint bagi menambahkan pergerakan anda di dalam medan pertempuran untuk memastikan Claude mengeluarkan damage yang sangat tinggi dengan penggunaan Blazing Duet. Selain itu, spell ini juga boleh digunakan untuk melarikan diri apabila dikejar oleh pihak musuh.

Spell Vengeance juga boleh menjadi alternatif apabila berdepan hero-hero yang mempunyai auto-attack yang tinggi serangannya.

Sudahkah anda mencuba emblem dan spell ini untuk Claude? Jika belum, pastikan anda jangan tersilap lagi. Tugas utama marksman adalah farm dan tidak mati. Jika permainan sudah mencapai fasa akhir, Claude adalah antara hero yang mampu memberikan kemenangan untuk pasukan anda. Selamat mencuba!

Foto: GridGames, Mobile-Legends Fandom, SlippyDraws01 DeviantArt

RELATED NEWS

+