Emi Shinohara – pelakon suara emak Naruto meninggal dunia pada usia 61 tahun

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Emi Shinohara yang dikenali ramai sebagai pelakon suara untuk Kushina Uzumaki iaitu ibu kepada Naruto.

Kematian Shinohara Emi atau nama sebenarnya Watanabe Emiko diumumkan oleh agensinya yang mana beliau dikhabarkan meninggal dunia pada 8 September lepas.

Suaminya yang juga seorang pelakon dan penyanyi Hiroshi Watari ada membuat pengumuman ini di Twitter.

“Saya jarang memuat naik foto bersama  isteri saya, tetapi kali ini adalah pengecualian,”

Shinohara juga banyak melakonkan suara untuk karakter lain seperti Sailor Jupiter dari Sailor Moon, Kaho Mizuki dari Cardcaptor Sakura dan Presea dari Magic Knight Rayearth.

Dia juga prenah menyanyikan lagu untuk anime Sailor Moon dan juga pernah berlakon dalam filem Kamen Rider Kiva.

 

“Saya mendoakan roh Emi Shinohara dalam keadaan baik. Sebagai pelakon suara bersamanya dalam Naruto, babak ikonik Minato dan Kushina tetap menjadi antara memori terbaik bersama Shinohara.” ujar Toshiyuki Morikawa.

Satu lagi pemergian pelakon suara karakter-karakter anime ikonik.

RELATED NEWS

+