"> " /> " />

Empat pemain Todak kini ejen bebas

Todak Mobile Legends yang meraih tempat kedua di Liga Profesional Mobile Legends (MPL) MY musim ketujuh baru-baru ini membuat kejutan dengan memperkenalkan barisan pemain terdiri daripada 10 orang pemain.

Meskipun begitu, prestasi Todak di Piala Asia Tenggara MLBB (MSC) 2021 kurang memberangsangkan di tempat ketujuh/kelapan. MSC juga adalah kejohanan pertengahan tahun yang mana pasukan akan membuat rombakan atau pertukaran pemain selepas itu.

Semalam, Todak umum Stoo, Vins, Jemi dan juga Medal kini tidak aktif dan mereka bebas menyertai mana-mana pasukan yang berminat mengambil mereka sebagai pemain.

“Keputusan ini dibuat selepas mengambil kira waktu permainan yang para pemain ini diberikan ketika bersama dengan pasukan Todak. Jadi, keputusan ini adalah untuk memberi peluang kepada mereka untuk kekal berada di pentas professional dengan masa permainan yang mencukupi,” kata Pengurus pasukan Todak, Mohd Syazlan Mohd Rosi, Ashi.

Ashi juga menyatakan harapan agar pemain-pemain ini dilamar oleh pasukan-pasukan di luar sana agar mereka juga diberikan lebih pendedahan terhadap permainan kompetitif walaupun bakal berdepan dengan mereka sendiri sebagai pihak lawan.

Untuk maklumat penuh dan juga perkembangan terkini, anda boleh mengikuti perkembangan pasukan Todak melalui laman media sosial mereka di Facebook Todak MLBB dan Instagram @todakmlbb.

RELATED NEWS

+