Epic Games beli studio pembangun Guitar Hero

Harmonix, studio pembangun Rock Band dan Guitar Hero mengumumkan bahawa kini mereka dimiliki oleh Epic Games.

Berita pemilikan itu dikongsikan melalui akaun Twitter mereka, selain laman sesawang rasmi mereka yang menyatakan mereka akan bekerja untuk Fortnite di dalam beberapa aspek berkaitan muzikal dan permainan. 

“Sepanjang lebih 26 tahun ini kami sudah mendorong diri kami sendiri untuk mentakrif semula bagaimana orang ramai untuk menikmati dan berinteraksi dengan muzik.

“Kini kami akan bekerja bersama Epic untuk sekali lagi mencabar jangkaan sementara kami membawa pengalaman permainan muzikal ke Metaverse dan kami sangat teruja,” tulis mereka dalam satu catatan blog.

Menurut mereka lagi, pemilikan Epic Games ini tidak akan mengubah keseluruhan studio, di mana projek mereka sebelum ini seperti Rock Band 4, FUSER dan banyak lagi masih lagi sama.

Bahkan mereka juga tidak spesifikkan sebarang projek yang akan dijalankan di bawah Epic, selain menyatakan mereka akan menghasilkan ‘pengembaraan muzikal dan permainan’ buat Fortnite.

Sebelum ini, Epic Games sudah membeli studio yang membangunkan Rocket League iaitu Psyonix.

Sumber: ComicBook.

RELATED NEWS

+