Epic Games Beli Syarikat ‘Easy Anti-Cheat’ Untuk Fortnite

Epic Games memang pantang tengok pemain menipu dalam Fortnite yang boleh mengganggu persekitaran lebih daripada 78 juta pemain aktif.

Selepas memperolehi untung berkoyan-koyan dari Fortnite, Epic membeli syarikat Kamu iaitu sebuah syarikat dari negara Finland yang menghasilkan perisian (software) dipanggil sebagai Easy Anti-Cheat untuk diterapkan dalam game battle royale paling terkenal.

Easy Anti-Cheat merupakan satu perisian yang mengekang penipuan permainan dan juga melindungi pemain dari kena godam. Fortnite juga tergolong dalam lebih daripada 80 game yang menggunakan perisian ini termasuk Watch Dogs 2, Paladins, Realm Royale dan banyak lagi.

Menurut kenyataan rasmi, kerjasama antara Kamu dan Epic Games dijalinkan bagi “membina pengalaman multiplayer Fortnite yang adil dan saksama kepada semua pemain,” kata CEO Epic Games, Tim Sweeney.

Pada masa yang sama, CEO Kamu, Simon Allaeys berkata, “objektif utama Kamu adalah untuk membanteras penipuan dalam game dan juga menolong pembangun game untuk mengesan dan menghalang pemain dari menggunakan unsur penipuan dalam game secepat mungkin”.

Jangan cuba-cuba tipu dalam Fortnite. Epic Games sudah melancarkan perang berskala besar terhadap penipuan dalam Fortnite!

Sumber: Game Informer

RELATED NEWS

+