Epic Games Memfailkan Saman Ke Atas Bekas Kakitangan Kerana Info Tertiris Mengenai Fortnite Season 4

Epic Games baru-baru ini mengumumkan berita agak kurang menyenangkan. Kita semua tahu semua macam baik-baik saja dalam Fortnite tapi di belakang tabir, ada perkara yang mengecewakan berlaku. 

Fortnite Intel melaporkan Epic Games memfailkan saman kepada bekas kakitangannya kerana menyampaikan data tertiris (leaked information) mengenai Season 4 sebelum ia dilancarkan secara rasmi.

Thomas Hannah adalah sasaran untuk saman itu apabila Epic Games mengatakan ketirisan informasi itu menyebabkan ‘kerosakan yang tak boleh dibaiki’ apabila terang-terangan pengumuman rasmi belum dibuat. Thomas juga menyebabkan ‘kurang rasa teruja bagi pemain, bagi yang melihat sesi permainan, dan Fortnite kerana menghilangkan saspens dalam kalangan peminat yang dah lama menantikan musim baru ini,”

Hannah bercakap kepada pengguna Reddit mengenai perkara itu, termasuklah meteor yang turun dalam satu kawasan di dalam peta, iaitu Dusty Depot. Ramalannya benar dan Epic Games tak senang dengan info itu tertiris.

Hannah kemudiannya memfailkan defense (mempertahankan dirinya), mengatakan dia bercakap dengan seseorang mengenai data tertiris itu tapi tak ingin pun informasi itu diketahui ramai. Ia merupakan perbualan dalam diam dan orang itu sebenarnya yang dedahkan.

Ia juga mengatakan orang yang bercakap dengan Hannah “menanyakan banyak soalan dan ramalan di mana Meteor itu akan jatuh,”. Tapi hal ini salah kerana Hannah melanggar persetujuan rahsia (non-disclosure agreement) bersama Epic Games. Ini membuatkan kes ini dengan mudah jatuh ke tangan Epic Games sebagai pemenang.

Bagaimanapun, bukti dah tiada kerana post Reddit dan akaun itu dipadamkan dari laman web. Epic Games pula perlu berusaha keras untuk mencari bukti kukuh itu kembali.

Kami akan terus update korang kalau ada berita baru dikhabarkan. Tapi betul, kalau korang menandatangan non-disclosure agreement, ia tak sepatutnya didedahkan.

Sumber: Comicbook

RELATED NEWS

+