Epic Games Menawarkan Prize Pool USD$100 Juta Untuk Kejohanan Fortnite Bagi Tahun 2018-2019

Keuntungan berbilion membuatkan pencipta Fortnite iaitu Epic Games ingin melangkah lebih jauh dalam arena e-sukan pula. Semalam, Epic Games mengumumkan hadiah terkumpul iaitu USD$100 juta untuk kejohanan Fortnite bagi dua tahun iaitu 2018 hingga 2019!

Hadiah wang tunai ini sebenarnya dah melepasti kejohanan tahunan Dota 2, The International yang pada tahun lepas, mengumpulkan hampir USD$25 juta kepada peserta. Dota 2 menggunakan sistem crowdfunding yang mana pemain membeli International Battlepass dan 25% dari jumlah itu disalurkan ke prize pool.

Tapi bagi Fortnite pula, masih belum pasti mekanisme apa yang digunakan tapi nampaknya mungkin ada penaja di sebaliknya ataupun Epic Games sendiri menawarkan jumlah demikian memandangkan keuntungan mereka meningkat ganda sejak kebelakangan ini. 

Bagi peminat Fortnite, hadiah wang tunai ini mungkin membuatkan korang tak sabar untuk menantikan maklumat mengenai kejohanan itu. Mungkin Epic Games akan mendedahkan perancangan e-sukan mereka tak lama lagi. Bagi menantikan waktu itu, kami di MyGameOn akan terus update korang kalau ada maklumat tambahan lain.

Sumber: Gamespot

 

RELATED NEWS

+