Epic Games saman Samsung dan Google dek Auto Blocker

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Epic Games baru-baru ini dilaporkan bakal menyaman dua syarikat besar iaitu Google dan Samsung.

Mereka mengatakan kedua-dua syarikat itu bekerjasama untuk menghalang aplikasi mereka di Samsung dengan fungsi Auto Blocker Samsung.

Hal ini membuatkan Samsung dan Google mendapat monopoli ke atas kehendak pengguna.

Walaupun fungsi Auto Blocket ini boleh ditutup tetapi ramai pengguna sebenarnya tidak sedar atau tahu menahu mengenai perkara ini.

“Kami melihat lebih 50 peratus pengguna cuba untuk memuat turun Epic Games Store di Android dan terus berputus asa disebabkan banyak masalah,” ujar Tim Sweeney Ketua Eksekutif Epic.

Samsung pula mengatakan isu ini adalah untuk menjaga keselamatan, privasi dan kawalan pengguna itu sendiri. Pengguna boleh sahaja menutup fungsi auto blocker ini.

Cara-cara menutup fungsi auto blocker:

Foto: Google

Bagi Google pula, ini adalah kerana mereka adalah pemilik sistem operasi paling banyak digunakan dalam telefon dan boleh membuatkan pengguna berhenti menggunakan aplikasi Epic.

Ini bukan pertama kali Epic menyaman syarikat besar seperti ini dimana sebelum ini mereka juga menyaman Apple.

RELATED NEWS

+