Epic Games Store menawarkan lebih 10 permainan percuma sehingga 30 Disember

Setiap tahun,  Epic Games Store Holiday Sale melibatkan permainan percuma yang diberikan semasa acara itu. Holiday Sales 2021 tidak berbeza. Epic Games mengesahkan ia akan melakukannya sekali lagi.

Acara jualan bermula pada 16 Disember dengan Shenmue 3 percuma untuk semua orang. Epic Games Store akan menawarkan permainan percuma bagi semua orang pada setiap hari sehingga Januari 6.

Sewaktu penulisan, permainan yang ditawarkan percuma di Epic Games Store adalah The Vanishing of Ethan Carter dan permainan ini akan ditawarkan sehingga 21 Disember.

Namun, Epic Games Store tidak mengumumkan permainan akan datang atas sebab ia adalah kejutan ‘seperti membuka hadiah krismas’.

Epic Games Store juga menawarkan kupon untuk semua pengguna yang bernilai AS$10 (RM42) yang akan diterima pengguna sebaik sahaja berjaya log masuk ke permainan.

RELATED NEWS

+