Epic Games Store Sekat Akaun Pemain Yang Beli Banyak Sangat Game

Beli banyak game pun akaun kena tahan? Pelik betul.

Epic Games Store sekarang tengah mengadakan Epic Mega Sale sehingga 13 Jun yang mana menawarkan diskaun-diskaun hebat dengan tambahan potongan USD$10 (RM41.82) kepada game eksklusif mereka seperti Borderlands 3, Heavy Rain, John Wick Hex dan lain-lain seperti sebagaimana Steam selalu lakukan.

Namun, seorang streamer, Patrick Boivin ditimpa masalah apabila dia membeli lima game secara serentak dan mengakibatkan akaunnya disekat. Menurut akaun Twitter peribadinya, pembelian berterusan menyebabkan Epic Games menyekat akaun atas kesalahan penipuan.

Pegawai senior PR untuk Epic, Nick Chester bercakap kepada Game Revolution bahawa ini adalah percubaan stor bagi menghalang aktiviti penipuan.

“Ini adalah tindakbalas terhadap undang-undang penipuan. Jika pemain berdepan dengan isu ini, mereka sepatutnya berhubung dengan talian sokongan pemain supaya kami boleh siasat,” katanya.

 

Apa yang lebih pelik lagi adalah Epic Games Store tiada troli disediakan kepada pemain dan ini mendorong pemain untuk membeli game secara berasingan berturut-turut. Lagi-lagi sekarang tengah ada jualan murah pula, jadi ia adalah perkara yang sememangnya logik dilakukan oleh pemain.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+