Suruhanjaya Integriti Esukan (ESIC) dan MOONTON Games kini menjalinkan kerjasama strategik untuk memperkukuh integriti dalam ekosistem e-sukan.
Kolaborasi ini menjadi satu langkah ke hadapan bagi memastikan permainan dimainkan secara lebih telus dan memenuhi standard etika merentas e-sukan mudah alih.
Menerusi Perjanjian Persefahaman (MoU) yang ditandatangani, ESIC dan MOONTON Games akan membawakan pelbagai inisiatif untuk menjaga integriti dalam e-sukan. Mereka akan berkongsi maklumat, mengadakan kempen kesedaran, pembentukan polisi dan lain-lain.
“Profesionalisme dan integiri sudah lama menjadi asas bagi e-sukan kompetitif Mobile Legends: Bang Bang. Kerjasama dengan ESIC akan menetapkan standard baru bagi keadilan dalam e-sukan dan menunjukkan komitmen kami untuk mewujudkan persekitaran permainan lebih telus dan beretika,” kata Lucas Mao, Pengarah Urusan E-Sukan Global, MOONTON Games.
Follow kami di WhatsApp, Instagram dan TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!