ESL One Malaysia 2022: OG lebih mendominasi, Thunder Awaken gugur

Peringkat lower bracket ESL One Malaysia 2022 diteruskan lagi pada hari ini dengan perlawanan pasukan OG menentang Thunder Awaken.

OG berjaya merampas permainan pertama namun Thunder Awaken tidak mahu untuk menyerah kalah dan mereka memecahkan impian OG untuk mendapatkan kemenangan bersih.

Thunder Awaken melakukan draft berlainan di perlawanan ketiga. Mereka membawa masuk Terrorblade untuk bertahan di fasa late game.

Namun begitu, OG mempunyai Ember Spirit yang boleh menghancurkan clone yang dikeluarkan oleh Terrorblade.

Perlawanan yang begitu sengit di antara 2 pasukan hampir memberikan pasukan Thunder Awaken kemenangan.

Akan tetapi, corak permainan yang ditunjukkan oleh OG untuk mengawal Terrorblade memberikan mereka kemenangan di perlawanan ketiga.

Pasukan OG akan bertemu Fnatic selepas ini di pusingan separuh akhir lower bracket.

RELATED NEWS

+