ESM: Ahli Persatuan Baru Diumumkan Untuk Tahun 2019-2022

Tidak berapa lama dulu, kami ada mengumumkan siapa ahli-ahli baru Persatuan Sukan Elektronik Malaysia (ESM). 

Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ini diadakan bagi pemilihan ahli-ahli yang akan menerajui badan ini bagi membentuk pentadbiran e-sukan bagi tempoh 2019-2022! 

Siapakah mereka?

Presiden
Dato’ Ananth A/L Sevlanga Nathan

Dato’ Ananth (tengah) ketika acara pemilihan Sukan SEA 2019. Gambar: The Star

Bagi yang belum mengenali nama ini, beliau adalah Pengarah Urusan syarikat pengangkutan logistik dan pengurusan rantaian bekalan, AirMarine Asia. Kata Ananth, persatuan ini akan memfokuskan kepada Sukan SEA buat masa sekarang.

“Ini akan jadi era baru bagi industri e-sukan di Malaysia. Dengan adanya calon yang boleh mencadangkan idea dan kemahiran mereka, kami akan fokus kepada Sukan SEA dahulu bagi memberi sokongan kepada wakil negara. Kami akan menggariskan usaha dan tadbir urus serta menguruskan segala aktiviti bagi e-sukan sepanjang tahun ini.

“Kami juga akan fokus kepada liga kebangsaan dan bagaimana untuk lahirkan pemain yang bertaraf kebangsaan,”

Menurut Ananth, bootcamp untuk Sukan SEA juga sudah berada di fasa akhir yang mana setiap butiran wakil negara akan diserahkan kepada MSN untuk diproses.

Timbalan Presiden
Afiq Fadhli Bin Narawi

Nama Timbalan Presiden ESM ini tidak asing lagi kerana beliau adalah Presiden Sarawak Esports Association (SESA). Pada Januari lalu, mereka menganjurkan Expo Esports yang pertama dan terbesar di Sarawak.

Naib Presiden 1
Muhammad Naim Al Amin Bin Saharudin

Naib Presiden 2
Ooi Boon Seang

Naib Presiden 3
Tiara Natassah Ching

Naib Presiden 4
Mohamad Khir Bin Md Noor

Ahli Jawatankuasa
Husyin Bin Abd Murat
Thariq Bin Kamar
Muhammad Muzakkir Bin Nur Mubin
Afzarnuddin Bin Burhanuddin
Li Kuan Leong
Muhammad Nur Saddiq Bin Mohd Khusni
Firdaus Bin Hashim
Noor Azam Bin Hj Mohamad
Khishen A/L Gopal
Kelvin Pang Ching Kuen

Juruaudit 1
Shazali Kamaruddin

Juruadit 2
Nur Djelizhiana Sheghary Binti Iswaran

Presiden Jawatankuasa Pemilhan
Muhammad Farouq Bin Abdul Patah

Diharapkan ESM yang baru ini dapat membentuk urus tadbir e-sukan di Malaysia dengan lebih teratur berbanding penggal yang lalu. 

RELATED NEWS

+