EternaLEnVy dan Ryoya bersara dari dunia profesional Dota 2

Dua pemain profesional Dota 2 yang terkenal dari Amerika Utara, Eternal Envy dan Ryoya mengumumkan mereka akan bersara dari permainan kompetitif Dota 2.

Ryoya mengatakan dia tidak lagi berasa semangat untuk bermain secara profesional walaupun aktif dari tahun 2015.

Bagi EternaLEnVy pula dia sudah lama tidak hadir dalam dunia kompetitif.

Dari bermulanya zaman kegemilangan di Team Secret pada tahun 2015, EternaLEnVy juga pernah menyertai pasukan terkenal seperti Fnatic, Cloud9 dan compLexity.

Boleh dikatakan mereka berdua ini adalah antara pemain Amerika Utara yang paling lama dalam dunia kompetitif Dota 2.

Dota 2 adalah permainan yang sentiasa berubah dan ini bermakna untuk menjadi yang teratas adalah sangat sukar.

Tidak disangkal juga, mereka berdua sudah lama menjadi inspirasi untuk ribuan pemain untuk dapatkan apa yang mereka capai.

RELATED NEWS

+