EVOS Esports di dalam misi mencari Wonderkid seterusnya

Pasukan EVOS Legends adalah antara pasukan yang terbesar di Indonesia. Mereka mempunyai banyak divisi untuk bertanding di dalam e-sukan Mobile Legends.

Pasukan utama mereka EVOS Legends, EVOS Icon bagi mengisi ruang kekosongan MDL serta EVOS Valor yang berada di bawah posisi EVOS Icon. Ini menjadikan mereka mempunyai ruang untuk mencari bakat-bakat baru untuk diserap masuk ke dalam pasukan.

Juara MPL sebanyak dua kali dan juara kejohanan di peringkat dunia M1 ini menjadikan kejayaan sebagai nilai murni yang harus dipupuk di dalam pasukan.

Selain itu, pemain baru akan diberikan ujian sebelum berada di dalam skuad untuk melihat sejauh mana kemampuan mereka untuk bermain di dalam pertandingan.

Ini kerana pemain harus memberikan prestasi mereka yang terbaik dan harus bersungguh-sunguh untuk memenangi pertandingan itu.

Jika pemain itu menunjukkan prestasi yang cemerlang, akan ada peluang untuk menyertai skuad utama atau ada juga yang akan turun ke skuad Valor dari Legends sekiranya tidak memberikan hasil yang memberasangkan.

Menurut ONE Esports di dalam pemantauan mereka, ada dua pemain baru yang sedang scrim bersama skuad Icon dan Valor. Mereka adalah Ravicy dan Tazzz. Ravicy adalah nama yang tidak asing lagi di dalam gold laner kerana bakatnya sudah kelihatan di dalam MDL musim pertama.

Selain itu, Tazzz juga adalah bekas pemain Supreme Global, salah satu skuad dari C9.

“Dalam pemerhatian kami, Sang harimau putih sedang scrim dengan Bigetron Bravo. Di sana ada Ravicy dan Tazzz bersama Panser dan Wyvorz.” ujar ONE Esports.

Sumber: ONE Esports

RELATED NEWS

+