EVOS Esports kolaborasi dengan PUMA

Kuala Lumpur: Organisasi e-sukan terkemuka Asia Tenggara, EVOS Esports kini mengumumkan kolaborasi bersama jenama pakaian global, PUMA. 

Kolaborasi ini termasuk tracksuit eksklusif EVOS Esports PUMA.

Difahamkan, atlet e-sukan dan bakat-bakat dalam industri gaming tempatan bernaung di bawah EVOS Esports akan memperagakan tracksuit tersebut dan beberapa lagi koleksi pakaian.

EVOS Esports juga akan mengadakan lebih banyak kempen promosi dan kolaborasi akan datang yang akan memberikan pendedahan kepada PUMA menyasarkan peminat e-sukan. Menerusi kolaborasi ini, juga terdapat banner eksklusif dalam permainan Mobile Legends: Bang Bang.

Bagi anda yang membeli tracksuit tersebut akan mendapat kod istimewa untuk tebus virtual item iaitu EVOS Battle Emote dalam MLBB. Boleh ke pautan ini untuk membeli.

“Kami teruja dapat bekerjasama dengan EVOS Esports. Bersama mereka, unit serantau PUMA boleh mendekati e-sukan dan gaming di peringkat lokal. Kolaborasi ini juga akan membuatkan PUMA menerajui perkembangan dalam industri sedia ada,” kata Country Manager PUMA Malaysia, Steven Tan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif EVOS Esports, Ivan Yeo pula berkata, pihaknya teruja dengan kerjasama bersama PUMA. Beliau optimis dengan kolaborasi ini dapat memberikan pendedahan kepada PUMA mendekati peminat e-sukan.

Saksikan video pengumuman kolaborasi ini di pautan di bawah:

RELATED NEWS

+