EVOS Esports umum tajaan bersama Chek Hup Coffee

Organisasi e-sukan terkemuka di Asia Tenggara, EVOS Esports mengumumkan kerjasama baru bersama Chek Hup Coffee, satu jenama kopi bertapak di Ipoh, Perak yang akan menjadi penaja bagi pasukan EVOS Esports di Malaysia.

Menerusi tajaan itu, talents EVOS Esports akan menerima produk dari syarikat tersebut dan juga menjadi duta jenama.

“Chek Hup adalah baru dalam industri e-sukan dan kami teruja dapat bekerjasama dengan EVOS Esports dengan memperkenalkan kepada generasi kini dan Gen Z mengenai tawaran terkini dari kami iaitu Chek Hup Coffee Brown dan Chek Hup Convenience Cup.

“Ini bagi membolehkan pemain menikmati kopi Arabica dalam masa segera ketika bermain game,” kata Joseph Tan, Pengarah Urusan Chek Hup Holding.

Sementara itu, Ivan Yeo, Ketua Pegawai Eksekutif EVOS Esports teruja dapat bekerjasama dengan Chek Hup di Malaysia.

Selain itu, pemain EVOS Esports juga akan menjadi duta dalam kempen pemasaran mereka. EVOS Esports akan menghasilkan video eksklusif mengenai produk Chek Hup Coffee dan jenama ini akan disertakan di jersi EVOS Esports serta pelbagai kempen akan dijalankan.

RELATED NEWS

+