EVOS Legends juara NMA musim ketiga!

Dua minggu sebelum MPL ID musim kelapan, EVOS Legends berjaya mendapatkan gelaran juara lagi di kejohanna NimoTV MLBB Arena musim ketiga yang berlangsung minggu lalu.

Mereka berjaya menewaskan Alter Ego, 3-0.

PERLAWANAN PERTAMA

EVOS Legends membawa Martis ke dalam perlawanan pertama yang digunakan Rekt. El Ninoo sedikit tertekan dengan asakan dari Clover pada minit awal permainan, Turtle pertama mudah diambil oleh EVOS Legends tanpa sebarang gangguan akan tetapi diberi buff kepada Antimage.

Ferxiic mengalami kesukaran pada awalnya, namun beliau bangkit mencari kill demi kill di dalam peta. Rotasi dilakukan secara licik mencari backline pasukan Alter Ego. Pada minit ke-12, Lord berjaya diambil pasukan EVOS Legends untuk memberikan damage yang tinggi terhadap turret tengah Alter Ego.

Perlawanan diteruskan, kedua-dua pasukan mencari momentum untuk mendapatkan kemenangan. Alter Ego mempunyai kelebihan pada minit ke-16 selepas menumbangkan Ferxiic dan Antimage. EVOS Legends membalas dengan menghancurkan Celiboy dan Udil. Lord ketiga didapatkan oleh EVOS Legends menggunakan retribution. Akan tetapi, ia masih tidak cukup untuk mendapatkan kemenangan.

Pertarungan terakhir di Lord Pit berjaya menumbangkan Celiboy dan El Ninoo, Ferxiic mengambil peluang itu untuk buat split push ke bahagian tengah, Alter Ego yang sedang panik membuat keputusan yang salah dan menyebabkan mereka tertinggal 1 orang untuk pertahankan base. EVOS Legends kemudiannya berjaya mendapatkan kemenangan perlawanan pertama.

PERLAWANAN KEDUA

Perlawanan kedua menyaksikan EVOS Legends membawa kembali meta MPL musim lalu dengan memilih Angela untuk Rekt. First Blood berjaya didapatkan oleh Ferxiic dengan menggunakan shadow kill ke atas El Ninoo. Seterusnya, kesilapan Celiboy memaksa pertarungan di turtle pit menyebabkan beliau terkorban dan EVOS Legends mengambil turtle pertama.

Alter Ego sedikit goyah di dalam perlawanan kedua ini, Ferxiic dan Antimage mencari kill demi kill. Alter Ego seperti tidak mempunyai jawapan untuk permainan agresif ditunjukkan EVOS Legends. EVOS Legends terus snowball  sehingga gold mereka melebihi 5,000 dari Alter Ego. Seterusnya, Antimage mudah memenangi perlawanan 1 lawan 3 hasil dari Angela yang berada di dalam tubuhnya.

Lord pertama diambil pada minit ke-11 selepas Alter Ego kehilangan 3 orang pemain mereka. Pushing bersama Lord berjaya menghancurkan turret di bahagian atas dan bawah, pertarungan diteruskan dan Alter Ego berjaya mempertahankan base mereka. Pada minit ke-16, EVOS Legends memaksa Alter Ego untuk memulakan perlawanan. EVOS Legends yang mempunyai kelebihan dari segi item berjaya menamatkan perlawanan selepas itu.

PERLAWANAN KETIGA

Alter Ego membawa masuk Ling untuk digunakan Celiboy manakala Ferxiic terus menggunakan Hayabusa dan ini kali ketiga hero itu digunakan di dalam pertemuan kedua-dua pasukan ini. Pada minit awal permainan, Celiboy mengalami kesukaran untuk farming di dalam jungle disebabkan Rekt sering mengganggu dibantu oleh Antimage. 

Turtle pertama berjaya diambil oleh EVOS Legends, first blood diambil oleh Wannn dengan menggunakan feathered air strike yang tepat ke arah El Ninoo. Alter Ego berjaya pulih dari kekurangan farming Celiboy sebelum ini namun begitu purple buff masih dijaga oleh EVOS Legends.

Pada minit ke-7, Ferxiic sudah mempunyai banyak core item dan terus mencari kill untuk memperlahankan pertahanan pasukan Alter Ego, Alter Ego tidak mempunyai jawapan terhadap Hayabusa yang sudah mengganas di dalam peta. Lord pertama berjaya diambil oleh pasukan EVOS Legends tanpa sebarang gangguan.

Pushing bersama Lord terlalu kuat untuk pasukan Alter Ego hadapi, kesemua turret hancur dan EVOS Legends menggunakan peluang itu untuk terus memberi asakan kepada Alter Ego dan mereka akhirnya menang pada minit ke-15. 

Kemenangan bersih 3-0 ke atas Alter Ego memberikan gelaran juara NMA musim ketiga buat EVOS Legends.

RELATED NEWS

+