EVOS Legends LJ ungkap kata semangat untuk El Clasico

EVOS Legends baru sahaja memenangi El Clasico tempoh hari ke atas pasukan RRQ Hoshi dengan skor 2-0. Perlawanan ini dinantikan oleh para peminat selepas prestasi Ferxiic kian merosot gara-gara stream di lewat malam dan hilang fokus.

Kekuatan EVOS Legends kali ini bertambah selepas kemasukan LJ ke dalam skuad utama. Beliau digandingkan dengan REKT untuk melakukan rotasi bagi menumbangkan pihak lawan.

LJ bijak menggunakan Jawhead dan sering mendapatkan ejector yang sangat diperlukan untuk menyekat Alberttt dari menghancurkan pasukannya.

Sebelum permainan bermula, LJ sempat memberikan kata-kata semangat buat pasukannya. “Kita jangan terlalu hype, enjoy perlawanan itu dan tidak perlu memikirkan sama ada kita akan menang atau kalah. Fokus kepada perlawanan itu sahaja, semangat!” ujarnya.

Di dalam permainan juga, LJ dilihat menjadi shoutcaller utama sementara REKT hanya mendiamkan diri selepas tugasnya itu diberikan kepada LJ. 

Mungkinkah kemaskini Moonton ke atas Mobile Legends kali ini memberikan LJ kekuatan yang diperlukan untuk membantu EVOS Legends di playoff nanti? Kita bakal saksikan.

Sumber: ONE Esports

Foto: MPL ID

RELATED NEWS

+