EVOS Legends mahu terus dominasi arena Mobile Legends, kata Zeys

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Pasukan EVOS Legends antara yang terkuat dalam arena Mobile Legends keseluruhannya apabila berjaya menjuarai kejohanan dunia M1, tahun lalu. Bagaimanapun, prestasi mereka masih baik namun tidaklah cemerlang dalam MPL Indonesia sebelum ini.

Justeru itu, mereka membuat keputusan paling mengejutkan dengan merekrut LJ (RRQ), Antimage (Onic) dan Luminaire yang kembali aktif selepas sekian lama berehat.

Dalam satu sidang media diadakan di Indonesia, jurulatih EVOS, Zeys kelihatan yakin dan bersahaja apabila diajukan soalan oleh para wartawan. Antaranya adalah tujuan pembentukan roster baru ini.

“Sewaktu kami membentuk roster sekarang, hanya ada satu objektif iaitu memenangi kesemua perlawanan dan kejohanan.

“Kami sasar bukan sekadar menang MPLI (kejohanan jemputan) saja tapi sepanjang 2021 kami ingin terus dominasi dan tunjukkan kembali dominasi EVOS,” katanya ringkas.

EVOS Legends akan bertanding dalam MPLI dan berada dalam bracket RRQ Hoshi apabila dipilih sendiri oleh juara MPL ID Musim Keenam itu untuk dilawan mereka.

MPLI akan bermula pada 27 November ini mengumpulkan 20 pasukan MLBB terbaik dari lima negara iaitu Malaysia, Indonesia, Myanmar, Filipina dan Singapura bertarung merebut hadiah terkumpul AS$100,000 (RM415,250).

Ikuti kami di Facebook, Twitter dan Instagram. Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+