EVOS Legends mara ke upper bracket seterusnya

Nampaknya saingan diberikan oleh skuad-skuad Filipina sangatlah mengejutkan di kejohanan Piala Asia Tenggara Mobile Legends: Bang Bang (MSC) 2021 hari ini. 

Dalam perlawanan pertama di upper bracket, Blacklist International berjaya menewaskan skuad negara, RSG MY dengan skor 2-0. Di game seterusnya, EVOS Legends pula hampir kecundang lawan Execration dengan skor 2-1.

Dalam permainan pertama, pasukan Execration tetap mengutamakan pick yang kuat seperti Mathilda. Walaupun mereka tewas pada awal permainan, Claude yang semakin kuat berjaya mengenakan damage tinggi kepada pemain-pemain EVOS.

Kelra bermain Lunox dengan begitu baik tanpa kematian dan berjaya membina full item

Beliau juga mengenakan damage tertinggi, mendapatkan farm paling pantas dan berjaya menjadi MVP.

Perlawanan kedua adalah seri namun di perlawanan ketiga EVOS Legends menggunakan kembali meta oleh Filipina iaitu Aldous jungler tapi meletakkan Angela sebagai support.

MSC 2021 bermula pada 7 Jun hingga 13 Jun ini, mengumpulkan hadiah terkumpul AS$150,000 (RM615,700) yang akan direbut 12 pasukan dari lapan negara Asia Tenggara.

Saksikan siaran langsung di Facebook dan Youtube.

RELATED NEWS

+