EVOS Legends tidak mampu mengaum menentang ONIC. Tewas 0-3

EVOS Legends yang berjaya mara ke peringkat seterusnya selepas menumpaskan pasukan Aura Fire tempoh hari harus bertemu dengan pasukan ONIC Esports ketika ini.

ONIC Esports terus memberikan saingan hebat kepada juara bertahan itu dan mereka mendahului dengan skor 2-0 ketika ini. Perlawanan terakhir juga dilihat berpihak kepada pasukan ONIC.

Perbezaan gold di perlawanan ketiga ini sudah mencapai 2 ribu hanya pada minit keenam dengan skor 7-0. ONIC terus snowball ke atas pasukan EVOS dan tidak memberikan mereka peluang untuk bernafas.

Ferxiic mengalami kesukaran untuk memenangi perlawanan, beliau ditumbangkan selama 3 kali sementara Sanz bermain dengan sangat baik dengan KDA 3-0.

EVOS tidak mudah mengalah dan mereka terus membuat serangan balas untuk menyamakan kedudukan gold ketika minit ke-9. Rekt berjaya mengalih perhatian Sanz dan Drian untuk mengejarnya sementara pasukan beliau mendapatkan Lord yang pertama.

ONIC Esports terus diasak oleh EVOS dengan Abyssal Arrow yang sangat tepat oleh Luminaire. Beliau berjaya menumbangkan Drian dan CW untuk memberikan ruang kepada pasukannya mendapat Luminous Lord.

Pasukan EVOS Legends kecundang pada minit ke-19 selepas mereka berjaya di wipeout oleh pasukan ONIC. ONIC terus mengambil peluang itu untuk menamatkan perlawanan ketiga.

EVOS Legends akan bertemu dengan Alter Ego sebentar lagi dan ONIC Esports akan mara ke upper bracket final untuk berlawan dengan pasukan RRQ Hoshi.

Foto: ONE Esports

RELATED NEWS

+