EVOS SG membubarkan roster Mobile Legends mereka

Pasukan EVOS SG Mobile Legends kini membubarkan roster mereka. Dalam satu hantaran di Instagram, mereka mengucapkan terima kasih kepada semua pemain.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by EVOS SG MY (@evos.sgmy)

Dalam kapsyen, mereka mengucapkan terima kasih atas memori dan kejayaan yang dikecapi selama ini bersama mereka.

EVOS SG menunjukkan pencapaian yang agak memberangsangkan. Mereka mendapat tempat ketiga di kejohanan dunia, M3 dan medal gangsa di Sukan SEA 2021 baru-baru ini.

Perjalanan beberapa tahun dalam MPL dan kejohanan antarabangsa nyata mematangkan pemain-pemain EVOS SG. Namun, sudah tiba masanya mereka berpisah.

RELATED NEWS

+