EVOS SG tersingkir dari MSC 2021

Pasukan Singapura, EVOS SG tersingkir daripada Piala Asia Tenggara Mobile Legends (MSC) 2021 selepas tewas di tangan skuad Kemboja, Impunity KH dengan skor 0-2 sebentar tadi.

Walaupun perlawanan ini banyak menerima pause dan sebagainya, namun tetap Impunity KH menunjukkan gaya permainan lebih hebat di kedua-dua perlawanan.

Kemenangan ini bermakna Impunity akan lanjut ke pusingan lower bracket seterusnya.

MSC 2021 bermula pada 7 Jun hingga 13 Jun ini, mengumpulkan hadiah terkumpul AS$150,000 (RM615,700) yang akan direbut 12 pasukan dari lapan negara Asia Tenggara.

Saksikan siaran langsung di Facebook dan Youtube.

 

RELATED NEWS

+