EVOS Vip membawa MunaxMoci dan ZackxGaming sebagai pempengaruh untuk Supporter Day

Penyanyi dan streamer terkenal MunaXMoci yang kerap membuat siaran langsung bermain PUBG Mobile akan dibawa ke dalam EVOS Vip sebagai penyokong pasukan itu.

Pengumuman itu dibuat di sebuah hantaran Facebook rasmi EVOS Vip sebentar tadi, MunaXmoci adalah salah seorang influencer yang berpengaruh oleh kerana beliau pernah scrim bersama pemain profesional tanah air.

ZackxGaming juga turut serta di dalam pengumuman itu, mereka berdua akan membuka custom room PMCE Pubg Mobile pada hari supporter day dan mengadakan watch party bersama peminat EVOS VIP.

Tidak lupa juga giveway yang akan disediakan oleh Domino’s Pizza. MunaxMoci akan bersiaran langsung pada hari Jumaat dan Sabtu ini jam 5 petang serta Ahad pada jam 3 petang.

Manakala ZackxGaming pula pada hari Isnin jam 10 pagi dan Sabtu & Ahad pada jam 6 petang. Jangan lepaskan peluang ini bagi penyokong EVOS Vip di luar sana! Tandakan kalendar anda!

RELATED NEWS

+