Memandangkan musim baru akan hadir, Valve pasti akan memperkenalkan kandungan baru ke permainan paling popular di Steam iaitu Dota 2. Nampaknya, Valve sedang berusaha untuk membawa mod baru ke Dota 2."> Memandangkan musim baru akan hadir, Valve pasti akan memperkenalkan kandungan baru ke permainan paling popular di Steam iaitu Dota 2. Nampaknya, Valve sedang berusaha untuk membawa mod baru ke Dota 2." /> Memandangkan musim baru akan hadir, Valve pasti akan memperkenalkan kandungan baru ke permainan paling popular di Steam iaitu Dota 2. Nampaknya, Valve sedang berusaha untuk membawa mod baru ke Dota 2." />

Fail Dota 2 dijumpa merupai acara dan Battle Pass baru

Memandangkan musim baru akan hadir, Valve pasti akan memperkenalkan kandungan baru ke permainan paling popular di Steam iaitu Dota 2. Nampaknya, Valve sedang berusaha untuk membawa mod baru ke Dota 2.

Seorang pelombong data di Reddit bernama Chuchelllo sudah menemui bukti mod permainan baru untuk Dota 2.

Menurut beliau, acara permainan baru ini setanding dengan Aghanim’s Labyrinth kerana ia kelihatan seperti sebuah mod Player vs Environment (PvE). Fail permainan menyebutkan beberapa kemampuan hero yang diubah serta beberapa ‘boss’ yang berkaitan dengan acara ini.

Selain itu, pelombong data menemui petunjuk yang menunjukkan bahawa Valve sedang mengusahakan Battle Pass baru untuk Fall 2021.

Mod baru yang dikatakan mungkin akan memperlihat skil dan keupayaan hero yang diubahsuai untuk mod baru itu. Sebagai contoh, gambar di bawah menunjukkan kod yang terdapat perubahan terhadap keupayaan sesetengah hero.

Gambar dari Github

Abjad tambahan ‘E’ pada akhir beberapa skil hero mungkin menandakan yang skill itu boleh dinaiktaraf dalam permainan.

Fail-fail itu juga menunjukkan tiga label bos; Iaitu BossEarthshaker, ArcWardenBoss, dan TreantMiniboss. Ini kelihatan seperti konsep yang serupa dengan apa yang dimiliki Aghanim’s Labyrinth, di mana pemain harus mengalahkan bos hero Dota 2 satu demi satu untuk memenangi mod acara itu.

Fail permainan juga terdapat label ‘DOTAPurchaseBattlePassFall2021’. Valve biasanya melancarkan Battle Pass yang mengandungi set level tertentu dengan harga potongan beberapa minggu selepas Battle Pass mula-mula dilepaskan.

Jadi, dengan adanya label tentang ‘DOTAPurchaseFall2021LevelBundle’ yang menambahkan beberapa inti pada spekulasi ini.

RELATED NEWS

+